Thursday, March 1, 2007

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Sekadar apdet utk buang2 masa dow! Poem ni cam poyo ja *grin* Kita pow poem dari kwn myspace hehehe....

:: To Bae : 'Pakar Bom' cakap kem US wusha dia da 2 hari...Ermmm I wonder why lah *wink*
Pas tu 'pemandangan indah' cam ignore kita ja. Apakah???? ::

4 Comments:

At Friday, March 02, 2007 5:06:00 PM , Anonymous Anonymous said...

haa ape? My Pakar Bom di wusha! ehehhee adeh takleh tahan nak tersengeh..adakah kite patut melancarkan bom kedua? kem salam sama pakar bom yah..neh rasa nak jumpe Pakar Bom sebelom dia pulang nga nga nga..

laa nape pemandangan indah begitu?..erm baru pagi kelmarin saya bertembung ngan akak yang score time penalti tu :D

xpe teruskan tersenyum padanya..bila ade kesempatan ;)

 
At Friday, March 02, 2007 7:30:00 PM , Blogger Jeketbiru said...

cakap la mende yang org tak pahm..len kali buh bahse sepanyol..baru puas ati..:P

 
At Saturday, March 03, 2007 2:23:00 AM , Anonymous Anonymous said...

ohh seperti kenal saja poem itu.. adakah dari myspace ku? heheh!

 
At Sunday, March 04, 2007 4:31:00 AM , Anonymous Anonymous said...

-> bae
mngkinkah pakar bom dalam bahayo?

:: ntah ler, pasan glamer kots lepas futsal ngeh ngeh...

-> emi
marah ya neng? gue udah explain tadik kan..

-> cibilz
ampon non nora! gue emang sengaja..hehehe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home